Sunday, 14 August 2011

UDANG TEMPURA

Bahan-bahan :



*15 ekor udang (saiz sederhana)

*Minyak untuk mengoreng



Untuk bahan tepung :



*200 gm tepung gandum

*200 gm tepung jagung

*1 sudu besar serbuk penaik

*garam secukup rasa

*1 biji telur

*air sejuk



Cara menyediakan

*Udang di goreng terlebih dahulu

*Untuk menyediakan tepung tempura, campurkan semua bahan tepung. Kacau sebati.

*Celupkan udang yang di goreng seketika tadi dan masukkan ke dalam minyak yang panas. Tunggu sehingga kekuningan, angkat.

SAMBAL BILIS TEMPE

Bahan-bahan:
  • Ikan bilis - 1 cawan
  • Ubi kentang - 2 biji (saiz sederhana)
  • Kacang panjang - 5 tangkai
  • Suhun - 1 paket (rendam di dalam air dan tapis)
  • Tempe - 1 bungkus
  • Lada kering - 10 batang (dikisar bersama sebiji bawang putih)
  • Bawang besar - 1/2 biji
  • Garam - 2 sudu teh rata
  • Gula - 1 sudu teh rata
  • Asam keping - 1 keping
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Ubi kentang, tempe  dihiris (jangan terlalu nipis) kemudian digoreng secara berasingan. Setelah itu, goreng ikan bilis pula. Setelah semua digoreng, boleh disatukan di dalam bekas yang sama.
  2. Goreng lada kisar sehingga garing dan bewarna pekat (gaul selalu supaya tidak hangus). Kemudian tambahkan garam, gula dan asam keping dan gaulkannya lagi.
  3. Masukkan pula  kacang panjang dan suhun yang telah lembut direndam. Kacau seketika sehingga sayur masak dan akhir sekali tambahkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan bawang besar. Gaul rata dan angkat setelah cukup masak.

Friday, 12 August 2011

PAU GORENG

DONUT
250g tepung roti
6g instant yeast
50g gula
2 biji kuning telur
100 ml air
50g magerine / butter
1 sudu kecil garam
cara:
Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
*Untuk buat pau canaikan dan letakkan inti kegemaran.
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
* goreng gunakan api paling kecil.

PAU SARDIN GORENG

Bahan-bahan
(8 biji)

200 gm tepung berprotein tinggi atau tepung gandum
1 sb mentega
20 gm gula
1 sk garam
1 sk yis kering
140 ml air atau susu segar (suam)
Breadcrumb-serbuk roti

Untuk inti sardin

1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar-di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1 biji cili merah-di hiris
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk lada sulah
sedikit minyak
1 sb jus limau nipis


  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya dari tin. Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan ikan sardine dan kacau. Kalau terlampau kering, masukkan 1-2 sudu besar sosnya.
  4. Masukkan pula cili merah, garam, gula, serbuk lada sulah dan jus limau nipis. Biarkan kering sedikit kemudian bolehlah dipadamkan api.

  1. Masukkan tepung, gula dan yis kering ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Gaul sekejap kemudian masukkan mentega. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
  2. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
  3. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian
  4. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  5. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan pau jadi bentuk leper. Buatlah sampai habis.
  6. Biarkan pau naik 1.5 kali ganda.
  7. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
  8. Panaskan minyak. Celup pau dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang.

TALAM SAGU

Bahan Lapisan bawah

2 cawan santan cair
1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
1 cawan gula pasir
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya

cara membuat

Sapu acuan dengan minyak dahulu
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min
Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu
Letak adunan lapisan atas


Bahan Lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

cara membuat

Gaulkan semua bahan supaya rata
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api
Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus lagi lagi selama 20 minit
 
sumber dari : My Kitchen

Thursday, 11 August 2011

AISKRIM GORENG

Bahan-bahan:

  • 10 keping roti
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik ( untuk balut roti)
  • Minyak 
Cara-Cara:
  1. Lembabkan roti dengan air
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti. 
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi
  4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman ( Saya simpan 2jam setengah jer)
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.

RESEPI SOM TAM

Bahan-bahannya
1 biji bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar jus limau nipis
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
karot ( di potong memanjang)
kacang panjang (di potong seinci panjang)
tomato ( di belah 4-6)
mangga muda ( potong memanjang)
Cara-caranya
1.  Tumbuk bawang putih dan cilipadi menggunakan lesung kayu( jika tak ada lesung batu pun boleh).
2.  Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.
3. Last sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.
4. Sesuaikan rasanya, keluarkan dan hidangkan.

Tuesday, 9 August 2011

TOMATO LICINKAN KULIT



Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji  sebiji tomato yang cukup masak.
Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher.
Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru.
Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.