Sunday, 14 August 2011

UDANG TEMPURA

Bahan-bahan :



*15 ekor udang (saiz sederhana)

*Minyak untuk mengoreng



Untuk bahan tepung :



*200 gm tepung gandum

*200 gm tepung jagung

*1 sudu besar serbuk penaik

*garam secukup rasa

*1 biji telur

*air sejuk



Cara menyediakan

*Udang di goreng terlebih dahulu

*Untuk menyediakan tepung tempura, campurkan semua bahan tepung. Kacau sebati.

*Celupkan udang yang di goreng seketika tadi dan masukkan ke dalam minyak yang panas. Tunggu sehingga kekuningan, angkat.

SAMBAL BILIS TEMPE

Bahan-bahan:
  • Ikan bilis - 1 cawan
  • Ubi kentang - 2 biji (saiz sederhana)
  • Kacang panjang - 5 tangkai
  • Suhun - 1 paket (rendam di dalam air dan tapis)
  • Tempe - 1 bungkus
  • Lada kering - 10 batang (dikisar bersama sebiji bawang putih)
  • Bawang besar - 1/2 biji
  • Garam - 2 sudu teh rata
  • Gula - 1 sudu teh rata
  • Asam keping - 1 keping
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Ubi kentang, tempe  dihiris (jangan terlalu nipis) kemudian digoreng secara berasingan. Setelah itu, goreng ikan bilis pula. Setelah semua digoreng, boleh disatukan di dalam bekas yang sama.
  2. Goreng lada kisar sehingga garing dan bewarna pekat (gaul selalu supaya tidak hangus). Kemudian tambahkan garam, gula dan asam keping dan gaulkannya lagi.
  3. Masukkan pula  kacang panjang dan suhun yang telah lembut direndam. Kacau seketika sehingga sayur masak dan akhir sekali tambahkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan bawang besar. Gaul rata dan angkat setelah cukup masak.

Friday, 12 August 2011

PAU GORENG

DONUT
250g tepung roti
6g instant yeast
50g gula
2 biji kuning telur
100 ml air
50g magerine / butter
1 sudu kecil garam
cara:
Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
*Untuk buat pau canaikan dan letakkan inti kegemaran.
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
* goreng gunakan api paling kecil.

PAU SARDIN GORENG

Bahan-bahan
(8 biji)

200 gm tepung berprotein tinggi atau tepung gandum
1 sb mentega
20 gm gula
1 sk garam
1 sk yis kering
140 ml air atau susu segar (suam)
Breadcrumb-serbuk roti

Untuk inti sardin

1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar-di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1 biji cili merah-di hiris
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk lada sulah
sedikit minyak
1 sb jus limau nipis


  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya dari tin. Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan ikan sardine dan kacau. Kalau terlampau kering, masukkan 1-2 sudu besar sosnya.
  4. Masukkan pula cili merah, garam, gula, serbuk lada sulah dan jus limau nipis. Biarkan kering sedikit kemudian bolehlah dipadamkan api.

  1. Masukkan tepung, gula dan yis kering ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Gaul sekejap kemudian masukkan mentega. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
  2. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
  3. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian
  4. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  5. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan pau jadi bentuk leper. Buatlah sampai habis.
  6. Biarkan pau naik 1.5 kali ganda.
  7. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
  8. Panaskan minyak. Celup pau dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang.

TALAM SAGU

Bahan Lapisan bawah

2 cawan santan cair
1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
1 cawan gula pasir
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya

cara membuat

Sapu acuan dengan minyak dahulu
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min
Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu
Letak adunan lapisan atas


Bahan Lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

cara membuat

Gaulkan semua bahan supaya rata
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api
Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus lagi lagi selama 20 minit
 
sumber dari : My Kitchen

Thursday, 11 August 2011

AISKRIM GORENG

Bahan-bahan:

  • 10 keping roti
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik ( untuk balut roti)
  • Minyak 
Cara-Cara:
  1. Lembabkan roti dengan air
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti. 
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi
  4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman ( Saya simpan 2jam setengah jer)
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.

RESEPI SOM TAM

Bahan-bahannya
1 biji bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar jus limau nipis
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
karot ( di potong memanjang)
kacang panjang (di potong seinci panjang)
tomato ( di belah 4-6)
mangga muda ( potong memanjang)
Cara-caranya
1.  Tumbuk bawang putih dan cilipadi menggunakan lesung kayu( jika tak ada lesung batu pun boleh).
2.  Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.
3. Last sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.
4. Sesuaikan rasanya, keluarkan dan hidangkan.

Tuesday, 9 August 2011

TOMATO LICINKAN KULIT



Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji  sebiji tomato yang cukup masak.
Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher.
Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru.
Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.

Friday, 29 July 2011

KEK COKLAT KUKUS

Bahan utama:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn gula pasir
1 cwn marjerin(dicairkan)/minyak masak
1/2 cwn susu pekat manis

Kesemua bahan di atas di campurkan dan masak hingga sebati dan setelah itu tutup api dan biarkan sehingga suam.

Bahan campuran tepung:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Di ayak bersama.

Bahan telur:
3 biji telur (A)
1 sudu teh ovallete
1 sudu teh esen vanila

Caranya:
Pukul telur bersama ovallete sehingga benar-benar kembang.Setelah itu,masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.Akhir sekali,masukkan pula campurantepung sedikit demi sedikit sehingga habis.Pukul adunan sehingga sebati.Panaskan periuk kukus.Sementara itu sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya.Setelah itu barulah di tuangkan ke dalam loyang.Setelah kukusan sudah panas,bolehlah di masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.Setelah kek masak,keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan.Apabila sudah sejuk,keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk topping.

Bahan Topping:
3/4 cwn serbuk koko
3 sudu makan susu pekat manis
1/2 sudu makan shortening
3/4 cwn air panas

Masak dan kacau hingga koko sebati dan nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil.

PAU

 Teringin untuk mecuba pau ini dari resepi Mat Gebu. cuma halangannya beli lebih cepat dari membuat.


BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU
500 gram tepung pau
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

Selamat Berpuasa

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Wednesday, 27 July 2011

PUDING FRUIT KOKTAIL

PUDING FRUIT KOKTAIL 


Bahan-bahan :-
1Ogm agar-agar serbuk
6 cawan air
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastad
2 biji telur
1 1/2 cawan gula
1 tin fruit koktail
1 s.k. esen vanilla 

Cara-cara :-
1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga semuanya larut.
2. Dalam bekas lain, masukkan susu cair, telur dan tepung kastad. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan campuran susu cair ke dalam agar-agar tadi. Masukkan pula esen vanilla.
4. Susun buah-buahan koktail dalam acuan/loyang dan tuang ke dalam acuan @ loyang.
4.Sejukkan seketika kemudian bolehlah dimasukkan dalam peti ais hingga puding keras. Bolehlah dihidangkan.

Tuesday, 26 July 2011

RESEPI KEK BATIK


1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula

** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rasa cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rasa yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

1) patah2kan biskut

2) dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut

3) masukkan butter,kacau sampai butter cair

4) kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api

5) masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)

6) masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

BUBUR ASYURA UTARA

Bahan-bahan:
 500gm tepung beras
250gm kacang hijau
250gm kacang merah
4 ketul ubi keledek - dipotong dadu
1 sisir pisang raja
1/2kg nangka
2 biji jagung - diambil isinya
4 ketul gula melaka
4 helai daun pandan
500ml santan

Cara memasak:1. Masukkan tepung dan santan ke dalam kuali dan kacau sebati.
2. Keluarkan dan masukkan santan dan garam. Gaul sebati
3. Setelah agak sudah lembut, masukkan jagung, nangka, dan pisang satu persatus.
4. Kemudian masukkan gula melaka dan kacau hingga masak di atas api perlahan.
5. Angkat dan sejukkan di dalam loyang.

PUDING TRIFFLE



Bahan-bahan:1 tin susu cair
1 sudu makan gula
4 sudu makan tepung kastard
300ml air (untuk dicampurkan dengan kastad)
1 biji kek gulung - sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur - asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli
300ml air panas

Cara memasak:1. Panaskan susu cair bersama gula hingga hancur. Kecilkan apinya.
2. Kemudian dalam bekas berasingan, bancuh tepung kastard dengan air sejuk dan tuangkan ke dalam susu yang mendidih.
3. Biarkan masak dan kacau hingga betulbetul pekat dan likat. Angkat dan ketepikan.
4. Di dalam bekas berasingan, susun kek gulung hingga habis dan kemudian tuangkan dengan air buah-buahan dalam tin.
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas dan kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli di atas kastard dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.

Monday, 25 July 2011

CHOCO CHEESE BERRIES

Choco Cheese Berries
Untuk lapisan kek coklat ( lapisan bawah)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1sk baking soda -
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan butter@ minyak masak -
  • 1/2 cawan buttermilk@ susu segar -
  • 1sk esen vanila
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 cawan susu pekat -

Cara-cara
  • Panaskan oven 170 c. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
  • Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  • Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
  • Masukkan air panas dan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 20-25min atau sehingga kek 3/4 masak.
Untuk lapisan tengah (blueberry cheese cake)
  • 300g cream cheese
  • 300cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 135 g gula
boleh masukkan buah blueberry jika suka

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blender. Mix biar sampai jadi cream
  2. Masukkan ke dalam loyang yang dibawahnya kek coklat yang telah dimasak tadi dan bakar 170 c selama 30-40minit
  3. Setelah hampir masak atau selepas 20 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  4. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap
lapisan ke 3 Blueberry sause

100 g blue berry jam
50 ml air
1/2 sudu serbuk agar-agar.

cara-cara

1. Masukkan semua bahan diatas didalam periuk yang sesuai dan masak dengan api yang perlahan sehingga sebati.
2. setelah kek telah sejuk dan bolehla adunan lapisan ke tiga dituang diatas kek tadi.
3. simpan didalam peti sejuk
4. setelah lapisan 3 nampak keras boleh la dihias dengan hiasan yang sesuai.

KEK COKLAT

Bahan-bahan ( loyang 9" )
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak(sy gune butter cair)
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

**utk ganache**
2 cwn whipping cream
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup

##utk whipped cream
1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara
tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
last skali masukkan air panas..kacau sebati
bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree.
boleh juga kukus slame lebih kurang 1 jam

**utk ganache**
dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
tambahkan golden syrup
ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sejuk

##utk whipped cream.
pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

 Bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
  • Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  • Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  • Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Sunday, 24 July 2011

KEK OREN LEMBAB

Bahan

130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 gula halus (asingkan 1 camca besar)
2 biji telur Gred A
1 biji oren, parut kulit dan perah jus

1. Panaskan oven pada suhu 175C
2. Putar mentega dengan gula hingga putih,masukkan kuniing telur satu persatu.Putar sehingga gebu.
3.Pada kelajuan sederhana msukkan tepung berselang seli dengan jus oren.
4.Dalam mixing bowl putar putih telur hingga berbuih.Masukkan 1 camca gula halus yang telah diasingkan.
5.Gaul putih telur dalam aduunan dengan kaup balik hingga rata dan sebati .
6.bakar 40-45 minit.

KEK COKLAT PISANG

Bahan
2 cawan gula ( saya gantikan dengan 1 cawan gula perang)
1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 camca teh baking powder
1 1/2 camca teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan pisang lenyek
1 cawan air suam
1/2 cawan susu
1/2 cawan minyak jagung
1/2 sudu teh asen vanila.

Wednesday, 20 July 2011

SUKATAN

1oz = 25gm
9oz = 250gm
16oz (1lb) = 450gm
21b   4oz = 1kg

1 cawan mentega = 250gm
1 cawan gula = 250gm
1 cawan tepung = 125gm
2 cawan tepung = 250gm
1 camca  kecil = 5 gm

Saturday, 16 July 2011

KEK COKLAT KUKUS

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baiking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur Gred A
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan majerin cair
1 cawan air panas

Cara :

1.Ayak bersama tepung gandum,soda,baiking powder dan serbuk koko
2. Satu bekas  lain pukul telur,majerin cair, susu pekat dan gula bagi sebati.
3.Masukkan tepung yang diayak tadi,kacau sebati lagi.
4. Last sekali masukan air panas dan kacau sebati.
5. Adunan dikukus selama 1 jam.

Toping
1/2 ketul buttercup
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan 1 (Dikisar )
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
3 batang Serai
5 ulas Bawang Putih

Bahan 2
4@ 5 ketul Ayam
1/2 sudu Jintan Manis
1/2 sudu Jintan Putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur Daun kari

Cara
Perap ayam bahan 1 dan bahan 2 selama 45 minit.

p/s jintan boleh digantikan dengan rempah kari Ayam

MARUKU



Bahan-Bahan
1 kg Tepung Pulut
2 cawan Tepung Beras
40 biji cili kering
2 gengam udang kering
1/2 cawan bijan
1 1/2 sudu biji lembuju
11/2 sudu garam
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 biji kelapa ( santan pekat)
1 sudu besar serbuk kari

cara :

1. Campurkan semua bahan dan uli hingga sebati.
2. Gunakan acuan maruku dan tekan adunan satu persatu diatas kertas .
3. Kemudian goreng  sehingga kekuningan. 

KEK LAPIS KUKUS SERI KAYA


Bahan

1 cawan majerin
1 cawan gula kastor
5 biji telur   Gred A
1 tin susu pekat
1 tin kaya
1 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar koko
1 sudu esen vanila
sedikit pewarna merah,hijau dan kuning




cara :


1. Putar majerin dan gula .
2. Masukkan telur dan putar
3. Kemudian masukkan  kaya d susu pekat
4.  Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit
4. Bahagikan kepada 4 warna.
5. Kukus selama 10 minit bagi setiap lapis . Last sekali kukus selama 30 minit.

PULUT KUNING